Loading...

Nasi Ayam Goreng

Assalamualaikum...selamat malam...makan apa malam ni? ni saya nak syer skit menu lunch ari ni...' Nasi Ayam Goreng'...resepi asal dari Tummy...dan CikManggis dah try dulu ..then kak hana plak...sebenarnya dah lama copy resepi ni dari kak hana..tapi baru ari ni try masak...bukan nak cakap la...'Nasi Ayam Goreng' ni memang sedap dan tak menjemukan...lagi satu kan..bagi saya, nasi ni tak sesuai makan dengan lauk lain..cukup dengan dengan 'Acar Tomato' ja...ni yang best sebab tak payah susah2 masak lauk lain lagi..he..he...kalau yang suka kuah, boleh buat sup kosong macam kak hana nu...ok lah, jom check resepi yang telah di C&P dari kak hana...timakasih ye kak....




RESEPI NASI AYAM GORENG (Nasi+Ayam Goreng)
Sumber:
resepi asal:Tummy, Cik Manggis
C&P dari :Hana Memories
Bahan-bahan
Untuk Nasi:
  • 3 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1/2 cawan susu cair
  • sedikit kiub ayam
  • garam, lada hitam
  • daun ketumbar @ daun kari
Untuk Ayam:
  • 6 ketul drumstick@ 1/2 ekor ayam potong2
  • 1sk Serbuk kunyit
  • 1sb Serbuk kari
  • Garam
Cara-cara:
  • Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan juga garam. Perap sebentar. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan.
  • Dalam periuk, panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  • Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan susu cair dan 3 cawan air (bergantung jenis beras basmathi).
  • Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.
Untuk Acar Tomato:

  • 2 biji tomato-hiris nipis2
  • 1/2 labu bawang besar-hiris nipis2
  • 1 biji cili merah-hiris nipis2
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
Cara2:
  • Dalam satu bekas, gaulkan semua bahan2 hingga sebati...bolehla dihidangkan...

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP